Rabu, Mac 09, 2011

Kamen Rider ~ Henshin!

Sejarah Ringkas

[ Gamba lama nih sebab takde Daberu, Ozu dan seterusnya  xD ]

Kamen Rider adalah sebuah sains fiksyen karya mangaka
Shotaro Ishinomori yang akhirnya menjadi kegilaan dan sebahagian daripada kebudayaan Jepun terpopular sehinggakan pelbagai versi kamen rider telah dihasilkan sejak ciptaannya yang pertama dan masih diteruskan sehingga ke hari ini.

Perbandingan
 

[ Urutoraman pun ada perhimpunan sekolah hehehe... ]

Kamen Rider versus Ultraman
Kamen Rider merupakan manusia yang dikurniakan keistimewaan untuk bertukar (henshin) kepada seorang wira bertopeng yang gagah dan memiliki pelbagai gajet canggih untuk membantunya menumpaskan raksaksa, organisasi jahat mahupun alien. Saiz kamen rider kekal sama seperti manusia biasa. Manakala Ultraman pula berasal dari planet M78 dan memerlukan 'host' manusia (roh Ultraman masuk badan manusia?) untuk menetap sementara waktu di bumi bagi menghapuskan raksaksa yang datang sama ada dari planet lain mahupun dari dalam bumi itu sendiri. Saiz Ultraman membesar berkali-kali ganda semasa bertukar dan dalam pergelutan, memang tak sah kalau tak rosakkan bangunan sekitar (hehehe...)


[ Kaizoku Sentai Gokaiger (2011) ]

Kamen Rider versus Super Sentai
Super Sentai terdiri daripada sekumpulan ahli yang biasanya terdapat dalam pelbagai warna dan warna merah seakan sinonim dengan warna seorang ketua. Setiap kali bertukar, mesti kena ada pelbagai gaya pertukaran dan akhirnya membuat formasi gaya satu pasukan. Kadang-kadang untuk menggunakan senjata terhebat mereka pun kena gayakan formasi gaya satu pasukan nih. Kebiasaannya akan berlawan dengan satu organisasi jahat yang suka menjadikan makhluk yang dihantar tuh membesar time last-last minit. Kira cam bila nak kalah jek, jadi beso. Cet. Dan untuk counter attack orang jahat beso ni, mereka akan menyeru transport masing-masing yang akhirnya akan bergabung membentuk satu robot besar (yang pergerakkannya memang lawak huhuhu...) yang jika dilihat, kadang-kadang perlu ditambah dengan transport lain milik seorang super sentai lain yang selalunya bergerak solo (bukan dalam team mereka) untuk upgrade power lebih sket. Beza super sentai dengan kamen rider? Dah tentunya dari segi kaler! Pastu kenderaan (kamen rider biasanya naik moto jek)! Pastu kamen rider tak main aaa rerobot nih! Banyak lagi la. Sila buat perbandingan sendiri dengan lebih lanjut xD

---

Pape hal pun, Koro stat layan Kamen Rider masa KR Black dulu. Pastu stop jap. Eh jap ke? Lama gaks la. Ahahaha... Sambung balik obsesi KR nih bila layan Kiva xD Pastu mula tengok balik KR-KR era Heisei. Tapi sebenarnya Super Sentai dan Ultraman pun cambest gak. Pendek kata, layan je semua! xD

0 rantbacks:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...